04 May 2011

aku sekaki payung

Please. Be civilized.



Badanku kecil berwarna merah. Kakiku diperbuat daripada besi. Aku sekaki payung merah. Setelah dilahirkan di sebuah kilang, aku dibawa ke sebuah kedai pakaian dan aksesori Cotton On di Sunway Pyramid. Pekerja di kedai itu menyusun aku dalam kalangan  rakan-rakanku dengan baik sekali. 

Setiap hari, aku menunggu untuk berbakti kepada tuanku. Maklumlah, duduk berhimpit dalam balang plastik tersebut bukanlah suatu keadaan yang selesa. Setiap hari, terutama sekali pada hujung minggu, kedai itu sibuk dengan pengunjungnya yang ramai. Sekali-sekala aku diangkat dan dilihat namun aku diletakkan semula. Begitu juga dengan beberapa rakan-rakanku. Ada juga yang membeli mereka. 

Pada suatu petang Khamis, datanglah dua orang gadis ke kedai itu untuk membeli kasut floral sneakers. Setelah mencuba dan berbincang, mereka beli sepasang kasut untuk masing-masing. Rakannya mengambil sepasang selipar RM5 dan dia mengambil aku. Pada mulanya, dia sangka nilaiku hanyalah RM5 tetapi harga sebenarku ialah USD5 bersamaan dengan RM15 duit negaranya. Namun begitu, tuanku hanya diam dan membawa aku pulang ke rumah. 

Saban hari, aku digunakan untuk melindunginya daripada panas terik dan hujan lebat. Daripada apa yang aku lihat, tuanku bukanlah pengguna payung yang kerap. Adakalanya dia redah sahaja sekiranya cuaca tidak begitu terik walaupun ada matahari dan hujan rintik-rintik. Dia sendiri gemar bermandikan hujan malam atau pagi. Maka kawannya meminjam diriku daripadanya. Dia tidak keberatan pun memberikan diriku kepada kawannya yang tinggi itu.

Kawan tuanku sangat menjaga rupa badannya. Dia sering menggunakan aku sepenuhnya untuk melindungi kulit wajahnya serta rambutnya daripada sinaran matahari. Begitu juga semasa hujan lebat mahupun rintik-rintik. Sahabat tuanku pernah meninggalkan aku di rumah ibunya. Aku rindukan tuanku. 

Sehinggalah pada suatu hari tibalah harijadi sahabat tuanku. Tuanku telah mencadangkan kepada rakan-rakannya untuk membelikan payung baru kepada sahabatnya itu. Mereka telah memutuskan untuk menghadiahkan payung biru yang lebih kurang sama bentuknya seperti aku. Lalu, tuanku pun mengambil semula aku. 

Hari ini, dia berjalan ke perpustakaan seorang diri. Memandangkan matahari terik, dia memutuskan untuk menggunakan aku. Dia mendapati salah satu besi rangka badanku telah patah dan tercabut dari tempat asalnya. Tuanku cuba untuk membetulkan rangka badanku. Aku tahu dia kecewa kerana setelah sekian lama tidak menggunakan aku, dia mendapat tahu bahawa rangkaku patah. 
Namun dia tetap menggunakan aku. 
Walau bagaimanapun, badanku yang tidak stabil ini tidak mampu menampung angin kuat walaupun untuk melindungi tuanku yang rendah ini. Lalu dia menyimpan aku di dalam begnya. 

Kini aku menunggu keputusannya samada untuk menggantikan aku atau menyimpan aku atau membuang aku dari hidupnya.


True bibliography.




footnote: I hope it isn't weird to send an umbrella for repair. Is it?

No comments:

Post a Comment